Korang baca tajuk pun dah boleh agak apa aku nak tulis.. Dari awal lagi aku dah agak yang V.K. Lingam tak akan mengaku tentang perbualan tu sambil mengaku yang dia mungkin mabuk masa video tu dirakam. Dan yang paling menakjubkan dia boleh cakap orang yang dalam video tu suara macam dia dan rupa macam dia tapi dia rasa tu orang lain. Takjub aku dengar kenyataan dia. Sememangnya dunia ni tak pernah berhenti dari menakjubkan aku. Selepas beberapa orang yang dah beri keterangan yang menunjukkan lelaki di dalam video tu memang dia, V.K. Lingam masih boleh menafikan. Papalih.. Hebat.. Menakjubkan.. Amazing.. Wonderful.. Yes! Yes! Yes! Yes! Correct! Correct! Correct!
Aku malas la nak buat kesimpulan kat sini apa keputusan yang akan ahli panel buat nanti. Tapi kalau kata ahli panel dapati tiada sesiapa yang melakukan kesalahan di sini kecuali individu yang merakam dan menyebarkan video tu, aku tak heran pun dengan keputusan tu. Ye lah.. Nak kata apa.. Kawan tu tengah mabuk.. Lepas tu ada pulak yang layan call dia tu.. Lagi sedap la dia 'goreng'.. Papalih...
Dan yang lagi tak menghairankan kalau kata En. Loh dua beranak 'dihadiahkan percutian selama 2 tahun di Kem Kamunting yang segala perbelanjaannya ditanggung oleh Kerajaan sambil diberi bonus sesi soal siat-siat selama 60 hari'. Kita sama-sama lihat nanti apa keputusannya. Kes ini pun akan selesai awal sebab pilihanraya pun dah dekat. Cuma jangan terlalu mengharap sangat keputusan yang adil.
Akhir kata.. NO MAS CORRUPCIÓN!!! VIVA LA REFORMACIÓN!!!
Tuesday, January 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment